Sama ada anda mencari pelayar pantas atau mencari teknologi bebas yang melindungi privasi anda, Soalan Lazim ini di sini untuk menjawab soalan paling mendesak berkaitan Firefox.
Firefox Browser, satu-satunya pelayar internet yang didukung oleh organisasi bukan berasaskan keuntungan, membantu melindungi maklumat peribadi anda. Ketahui lebih lanjut tentang Pelayar Firefox dan produk lain.
Anda boleh memuat turun pelayar desktop Firefox dengan mudah di sini. Firefox berfungsi pada peranti Windows, Mac dan Linux dan juga tersedia untuk Android dan iOS. Pastikan anda memuat turun pelayar kami daripada salah satu halaman Mozilla/Firefox yang dipercayai.
Ya! Firefox Browser adalah percuma. Benar-benar percuma. Tiada kos tersembunyi atau sebagainya. Tidak bayaran dikenakan untuk menggunakannya.
Tidak, kami tidak fikir Chrome lebih baik daripada Firefox dan ini sebabnya: apabila orang bertanya pelayar manakah yang lebih baik, mereka sebenarnya ingin tahu pelayar manakah yang lebih cepat dan lebih selamat. Firefox dikemas kini setiap bulan bagi memastikan anda mempunyai pelayar terpantas yang menghormati privasi anda secara automatik.
Melindungi privasi anda merupakan keutamaan nombor satu kami dan kami memastikan bahawa pemasangan Firefox pada peranti anda benar-benar selamat — tetapi sentiasa pastikan anda memuat turun daripada laman web Mozilla/Firefox yang dipercayai, seperti halaman muat turun kami.
Bukan sahaja Firefox selamat digunakan, ia juga membantu menjaga keselamatan data dan maklumat peribadi anda. Firefox Browser secara automatik menyekat penjejak pihak ketiga yang diketahui, penjejak media sosial, pelombong kripto dan pengecap jari daripada mengumpulkan data anda. Ketahui lebih lanjut tentang privasi dalam produk kami.
Firefox tidak lambat… sekarang. Pada tahun 2017, kami telah membina semula sepenuhnya enjin pelayar kami (dipanggil Quantum), untuk memastikan Firefox dapat bersaing dengan pelayar utama yang lain. Dan, penyekat penjejak kami membantu halaman dimuatkan dengan lebih pantas. Oleh itu, Firefox kini sepantas kilat tanpa mengorbankan apa-apa privasi anda.
Firefox tidak berdasar kepada Chromium (projek pelayar sumber terbuka berteraskan Google Chrome). Sebenarnya, kami merupakan salah satu pelayar utama terakhir yang tidak berbuat demikian. Firefox berjalan dengan enjin pelayar Quantum kami yang dibina khusus untuk Firefox, jadi kami dapat memastikan data anda dikendalikan dengan penuh hormat dan dirahsiakan.
Google ialah enjin carian lalai di Firefox, yang bermaksud anda boleh mencari di web terus daripada bar alamat. Ketahui lebih lanjut tentang pilihan mesin carian dan menukar lalai.
Firefox didatangkan bersama VPN siap terbina dan percuma yang melindungi alamat IP anda daripada dijejaki sewaktu melayari internet. Hidupkan ciri dalam Firefox hanya dengan satu klik. Tersedia di negara-negara terpilih. Untuk perlindungan penuh bagi semua peranti dan aplikasi anda, lihat Mozilla VPN.
Firefox dibuat oleh Mozilla Corporation, anak syarikat milik penuh Mozilla Foundation bukan untuk tujuan keuntungan, dan dipandu oleh prinsip-prinsip Manifesto Mozilla. Ketahui lebih lanjut tentang pembuat Firefox di sini.